Wednesday, October 7, 2009

Little Princess - Sweet n simple





Baju nie untuk baby umur satu setengah tahun..Bawah 2 tahun,masih kira baby lagie.. Untung dier..Kecik2 dah pakai baju manik.. Mamanya menyerahkan pada saya design yang ingin dibuat, sweet n simple.. So inilah hasilnya... Harap mamanya berpuas hati..

Manik Tabur Berlian





Agak lama juga saya nak menyiapkan tempahan ini, memandangkan tone warnyanya terlalu soft.. Gunakan manik yang soft / senada ,nampak terlalu dull. Bila gunakan manik warna contrast pun, ternampak serba janggal.. Puas pergi kedai manik di Kemaman nie, tak ada juga yang serasi.. Nasib baik, ada kerja di Kl, di dapatlah jumpa warna manik yang sesuai memandangkan di sana pun lebih banyak pilihan.. Apapun, thanx toKak Raja yang sememangnya regular customer saya..

Gambar di atas merupakan jahitan manik pada lengan dan juga bahagian bawah baju.

Little Princess - Simple Manjalara




Yang nie pula tempahan kedua Kak Miza untuk anaknya yang berumur 6 tahun. Mulanya design Manjalara diminta dibuatkan di badan baju, tapi disebabkan kesuntukan masa, saya dapat buat dileher aje..Sebagai menyerikan lagi baju si comel nie, saya buatkan bling-bling 3 rantai di hujungnya. Harap Najla sukela yea...

Si Cantik Manis - Gold



Salam Aidilfitri kepada semua.. Agak lama tak dapat update disebabkan pulangnya ibu saya ke pangkuan Illahi 2 minggu sebelum Ramadhan. Bila tiba bulan Ramadhan pula, sibuk menyiapkan semua tempahan raya, sehingga taksempat nak uploadkan gambar terbaru. InsyaAllah, gambar terbaru akan diuploadkan dari semasa ke semasa...

Tempahan ni dari biras saya..Dia mahukan pattern si cantik manis untuk bajunya yang berwarna coklat ini.. Untuk menyerikan baju nie, saya pilih manik berwarna gold. Harap Kak Miza berpuas hati..

Thursday, July 16, 2009

Shimmering Flora


Untuk menjamu mata, ni la shimmering flora saya yang masih dalam pembikinan..Sebelah dah siap, sebelah lagi belum.. hehe.. Tq to Kak Nora yang mencetuskan idea mereka design nie.. Tapi of curse la tak sama drngan sifu, sebab rasanya saya suka yang lebih ringkas tanpa ada manik jenis eyedrop.. Ni baju saya sendiri, kalau baju customer kena la ikut citarasa mereka pula..Apapun, happy viewing..

Tuesday, July 14, 2009

Simple Manjalara




Seperti biasa, customer saya malu-malu semuanya.. Semua takut nak pakai design yang sarat. Kali nie permintaannya ialah manjalara.. Siap pesan lagi, nak simple ajer manjalara tue.. Ikut kan je la.. So, inilah hasilnya..Layanzz..

Manik Beriring Double Dan Bunga Highlight


Baju nie memang cantik berlatarbelakang hitam dan bebunga perang. Di bahagian lengan, pattern manik beriring double menjadi pilihan owner. Di bahagian badan pula, saya highlightkan bunga-bungaan agar tampak lebih menyerlah dan berseri.. Harap empunya baju suka la yek..